adnow

loading...

Ambil Kesempatan Untuk Mengajar Isteri Orang!!



Pulanglah wahai isteriku, papa sentiasa merindui mama dan berharap agar kita dapat membina kehidupan baru,"Saya sangup memaafkan awak sekiranya awak pulang ke pangkuan keluarga, Saya berharap mama akan dilindungi Allah dan memohon agar awak cepat sedari dari perbuatan yang dilakukan," begitu nota tulis tangan seorang suami selepas isterinya menghilangkan diri dari suaminya, dipercayai mengikut seorang guru agama, pada awal bulan lalu.

Semuanya bermula selepas hasrat mereka yang ingin mengubah cara hidup mereka yang baru dan dengan menjadikan seorang guru agama sebagai pakar rujuk bertukar menjadi detik hitam apabila guru agama berkenaan kemudiannya menjalin hubungan intim dengan wanita berkenaan, Dengan layanan istimewa ditambah penjelasan mengenai hukum agama, ia cukup menjadikan ibu kepada empat cahaya mata itu 'Cair' setiap kali bersama suami menghadiri kuliah.

Bagi Azman (50), Dia redha dengan keadaan itu, Namun sedikit kesal kerana niatnya untuk mengubah cara hidup bersama isteri bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya, Mengakibatkan mahliga bahagia yang dibina atas dasar cinta kini berantakan.

Saya akui perjalanan hidup kami suami isteri agak bebas sebelum ini, Sampai satu ketika, saya rasa bertanggungjawab untuk mengubah isteri dan keluarga ke arah lebih baik," Jadi saya ambil keputusan untuk menghadiri kuliah seorang guru agama berdekatan dengan rumah, Mula-mula semuanya berjalan baik, Isteri selalu memuji dia, saya anggap biasa kerena pada saya orang agama perlu dihormat,"katanya..

Azman berkata, setiap minggu dia dan isterinya akan menghadiri kuliah guru agama berkenaan dan pernah beberapa kali berjumpa secara peribadi untuk mengetahui selok belok agama secara lebih mendalam, selepas itu, dia yang sibuk untuk menguruskan perniagaan tidak dapat hadir ke kuliah selama beberapa bulan dan hanya isterinya bersendirian yang berjumpa dengan guru agama berkenaan, Tidak lama kelamaan saya lihat sikapnya mula dingin dan sering keluar rumah untuk berjumpa guru agamanya dengan alasan tidak faham mengenai tajuk kuliah, Ada kalanya kami langsung tidak bertegur sapa kerana dia asyik dengan telefon.

Suatu hari saya periksa telefonnya dan terkejut perut melihat mesej cinta daripada guru agama berkenaan dalam Whatsapp, Bila saya tanya, dia mula melenting dan mempertahankan hubungannya dengan guru agama itu, Kemuncaknya, pada bulan lalu apabila dia minta bercerai daripada saya dengan alasan tiada dan ingin mendirikan rumah tangga dengan guru agama itu, Saya bertanya pada gueu agama itu dan dia pun mengaku jatuh cinta dengan isteri orang dan ingin berkahwin," katanya.

Kini bingung memikir masa depan bersama empat anak, Menurutnya, dia masih lagi memberi peluang kepada isterinya kembali taat dan tidak akan failkan perceraian kerana masih amat sayangkan wanita itu dan keluarga.

Traffic