CARA BERMAAFAN AYU DAN AYAHNYA DIPAGI RAYA KETERLALUAN . DIKECAM NETIZEN..
Perbuatan saling bermaafan dipagi raya satu suasana yang wajib ada dalam setiap kalangan keluarga yang menyambut aidilfitri sebagai tanda keinsafan dan kasih sayang.
Tetapi berbeza dengan penyanyi Indonesia , Ayu Rosmalina atau lebih dikenali Ayu Ting Ting (22) apabila caranya bersalaman menunjukkan kasih sayang mengundang kecaman netizen .
Ayu bergambar di samping keluarga. Ayahnya mendukung anaknya.
Ayu mengucup bibir ayahnya diperhatikan oleh ibu dan adiknya.
Gambar berkenaan adalah gambar aidilfitri tahun lalu tetapi menjadi tular kembali di laman sosial dan menjadi perbualan hangat . Ini kerana gambar tersebut menunjukkan kemesraan Ayu berlebihan terhadap ayahnya apabila mencium bibir ayahnya .
Dalam gambar tersebut memperlihatkan kedua mereka saling melingkar tangan pada leher sambil bercium bibir tanda kasih sayang anak dan ayahnya .