Setelah jadi pasangan suami isteri , tentunya momen yang paling indah 
bagi pasangan adalah malam pertama . Begitu juga yang terjadi antara 
Selamat ( 16 ) dan isteri Rohaya ( 71 ) selepas diijabkabul kelmarin 
pada 2 Jul 2017 dengan wang mas nya bernilai 200 juta rupiah .
Apabila ditanya tentang malam pertama , Nenek Rohaya kelihatannya malu tersipu-sipu diusik .
Sementara itu , Selamat menjawab soalan itu dalam nada bersahaja
" Masih belum melakukan " kata Selamat
Mendengar jawapan Selamat , lantas Nek Rohaya menjawab kembali
" Belum , dia ( Selamat ) takut sakit " jawab Rohaya sambil memandang Selamat bersahaja .
kalau dah jodoh , tidak ke mana ..
Namun dikhabarkan belum pun sempat usia pernikahan mereka seminggu , 
dikatakan pernikahan mereka dibatalkan pihak  berkuasa tempatan . 
Menurut Ketua Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan, Alfajri Jabidi, 
pihaknya telah menegur pegawai agama tempatan kerana membiarkan 
pernikahan itu berlangsung.
Menurutnya lagi mengikut undang-undang Indonesia, seseorang lelaki hanya
 boleh berkahwin pada usia sekurang-kurangnya 19 tahun, manakala wanita 
pula 16 tahun.
