adnow

loading...

Innalillah! Kita Digempar Dengan Berita Tentang Penyanyi Kumpulan May Iaitu Mus Sedang Koma, Mohon Komen Amin Agar Doakan Agar Cepat Sembuh Dan Lebih Baik Share Agar Ramai Yang Mendoakan! Sekurang-Kurangnya Dengan Perkongsian Kita Dapat Mengajak Orang Berdoa Dan Membuat Kebaikan



KUALA LUMPUR: Demam panas berlarutan sejak Jumaat lalu hingga menjadi sawan memaksa vokalis kumpulan May, Mus, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi. Isterinya, Suraya Bahari berkata, beliau menghubungi ambulans apabila melihat keadaan Mus yang separa sedar. "Awal pagi, dia hanya diletakkan di bawah zon kritikal. Malah, kerana terlalu banyak meracau pihak hospital terpaksa komakan dirinya. "Ketika ini dia memang tidak sedarkan diri. Doktor turut mengesyaki ada kuman dalam darah. "Kira-kira jam 10.45 malam tadi, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Segala keputusan penuh mengenai punca penyakitnya dijangka diketahui esok," kata Suraya. Beliau bagaimanapun mampu menarik nafas lega kerana doktor memaklumkan, tiada darah beku pada bahagian kepala suaminya selepas imbasan otak dilakukan. "Saya harap dia akan kembali sihat seperti sedia kala dan memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatannya," katanya.

Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Isterinya Suraya Bahari ketika dihubungi mStar Online memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin keletihan.

"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius," jelasnya yang mengharapkan doa semua pihak terhadap Mus.

Traffic