Seorang janda ditemui mati di kediamannya di kajang lapor the star, Wanita itu ditemui terlentangtidak sedarkan diri di atas katil di rumahnya dengan muka tertutup dengan bantal pada 5 mei lalu.
Mangsa dikabarkan adalah pekerja setia usaha pengarah bank sudah kematian suami 15 tahun dan tidak mempunyai anak, Mangsa dilaporkan tinggal bersama pembantu rumahnya dan mayat ditemui oleh kakaknya sendiri.
Suspek utama dalam kejadian itu adalah pembantu rumahnya dan berjaya ditahan di tapak projek nada alam seri pajam nilai pada jam 2:20 petang hari kejadiannya, Sebelum kekasihnya yang berusia 29 tahun ditahan di pangsa rakyat pada hari yang sama.
Pembantu rumah berkenaan 25 tahun dipercayai melarikan diri selepas kematian mangsa dan turut melarikan kad bank milik mangsa, Hasil soal pada keduanya mengaku terlibat dalam kes pembunuhan itu dan ditahan reman sehingga 21 jun bagi membantu siasatan lanjut.
Siasatan dilanjutkan bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan kes di siasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
Menurut ketua polis kajang Asisten Komisaris Othman Nanyan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas selain mendapati puting sebelah kanan putus dipercayai digigit manusia.